Search This Blog


AKTIVITI SEMASA

AKTIVITI SEMASA

MY PLAYLIST


TENAGA PENGAJAR GM RASAH

TENAGA PENGAJAR GM RASAH
EN MAZLIDUARDI SHAHRIZAL

ROZIAH MOHD YUSOF

PENTADBIRAN SEJARAH GIATMARA

Majlis MARA meluluskan penubuhan GIATMARA pada tahun 1986 bagi menghasilkan

K-Entrepreneur dan K-Workers dalam pelbagai bidang pekerjaan sejajar dengan permintaan masyarakat setempat.


Pusat GIATMARA yang pertama dibuka di Jitra, Kedah dan GIATMARA berkembang pesat dengan penubuhan 176 pusat di semua kawasan Parlimen menjelang akhir Rancangan Malaysia ke- 8.

Kini GIATMARA telah mula menawarkan program komuniti di beberapa Pusat GIATMARA. Program berjangka pendek ini menerapkan falsafah pembelajaran sepanjang hayat dan sebagai permulaan, Pusat Komuniti GIATMARA Tanjung Agas, Johor dan Pusat Komuniti GIATMARA Pongsu Seribu, Pulau Pinang telah mula beroperasi.

Pusat GIATMARA menawarkan Kursus Sepenuh Masa dan Jangka Pendek. Tempoh Kursus Sepenuh Masa adalah di antara 6 bulan hingga 12 bulan. Antara kursus yang ditawarkan adalah Mekanik Teknologi Radio dan Pendawaian Elektrik Domestik. Manakala Kursus Jangka Pendek adalah di antara 2 hari hingga 6 bulan meliputi kursus-kursus seperti Literasi Komputer dan Rakaman Video Kamera.

GIATMARA menggalakkan pelatih-pelatih yang telah tamat program supaya menceburkan diri dalam bidang keusahawanan melalui Program Inkubator.

GIATMARA memainkan peranan penting dalam mendidik pelatih melalui program latihannya di dalam dan luar negara.

Pengurusan GIATMARA sentiasa proaktif dan kreatif sebagai pemangkin dalam memperkayakan kemahiran masyarakat.

VISI GIATMARA

Menjadikan Pusat Latihan Teknikal dan Vokasional sepanjang hayat yang terunggul di peringkat negara dan antarabangsa.

MISI GIATMARA

Menyediakan latihan teknikal dan vokasional yang berkualiti dan memenuhi kehendak komuniti dan negara bagi mewujudkan tenaga mahir dan bakal usahawan yang berdaya saing.

OBJEKTIF

  • Meningkatkan bilangan Bumiputera yang mempunyai kemahiran teknikal dan vokasional yang bersesuaian dengan keperluan negara.
  • Menambahkan bilangan bakal usahawan Bumiputera yang berdaya saing di pasaran terbuka.
  • Meningkatkan bilangan tenaga pengajara yang kompeten dan berkelayakan dalam bidang teknikal / vokasional.
  • Meningkatkan keyakian pihak 'stakeholder' dan industri terhadap keupayaan pelatih lepasan GIATMARA.

TEMPOH KURSUS

Jangka masa kursus selama 6 bulan dan pengambilan dibuat
2 kali setahun.


Sesi Pengambilan Pelatih:

- Januari - Jun
- Julai - Disember

KEMUDAHAN SEMASA LATIHAN

- Latihan percuma

- Elaun bulanan sebanyak (RM200.00)

- Kemudahan menggunakan semua peralatan dan
mesin-mesin

- Kemudahan rekreasi dan sukan

- Sijil kemahiran GIATMARA

- Kemudahan bimbingan kerjaya setelah anda tamat

CARA MEMOHON

Datang sendiri atau menulis kepada mana-mana tempat

berikut yang berdekatan dengan tempat tinggal anda :


. Pusat GIATMARA yang berhampiran

. Pejabat MARA Daerah

. Pejabat MARA Negeri

KELAYAKAN MEMOHON

* Bumiputera

* Berumur 15 tahun ke atas pada tarikh memohon

* Kelulusan Akademik , Boleh menulis , membaca dan mengira

* Sihat tubuh badan

* Minat dalam bidang yang dipilih

KURSUS-KURSUS YANG DITAWARKAN

TEKNOLOGI SISTEM KOMPUTER

-SIJIL GIATMARA

FASHION AND DRESSMAKING

-SIJIL GIATMARA

LITERASI KOMPUTER

SASARAN

Mereka yang belum pernah mendapat latihan kemahiran bagi tujuan mendapatkan kerja dan berusaha sendiri


Mereka yang hilang pekerjaan dan terpaksa mencari pekerjaan baru

Mereka yang ingin menambahkan pengetahuan kemahiran untuk kemajuan kejaya

Mereka yang sedang bekerja dan memerlukan peningkatan tahap kemahiran dalam jurusan yang diceburi.

GM RASAH PHOTO

GM RASAH PHOTO


Thursday, October 8, 2009

Pelatih-Pelatih TSK

1.MUHAMMAD RIDHWAN- Ewan (Leader)
2.MUHAMMAD ARIFF-Ariff
3.MOHD AZRIN-Azrin
4.MOHD HAKIM-Hakim
5.MOHD FAIZUL-Faizul
6.MOHD SYAZWAN RIZAL-Shazwan
7.AHMAD AIZAT-Aizat
8.NORZULAIKHA-Eyka (Assistant Leader)
9.YUNG AFIZAH-Fyza
10.SITI NOOR ATHIRAH-Tyra
11.HALIMMATUSSAADIAH-Matus

No comments:

Post a Comment